BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 18, 2009

Hari Raya Meriah Dengan Si Kecil


Anak bongsu yang pertama kali menyambut Aidil Fitri, meski rimas dengan pakaian baju melayu tetap happy. Pada aawalnya tiada rancangan untuk memakaikan songkok untuknya, tetapi bila dicuba songkok abang dia tidak menolak seperti selalu dilakukan, petang itu juga kami sekali lagi terpaksa keluar untuk membeli baju melayunya. Yang membanggakan dia sporting habis, seharian memakai baju tersebut membuatkan mak dia rasa berbaloi bersusah payah dengan kesesakan untuk menyempurnakan pakaiannya. Itulah anak-anak, kekadang beriaksi diluar jangkaan kita.

Hari Jalinan Kasih Keluarga Che Din 2009

Hari keluarga ini dilaksanakan 2 kali setahun dengan memfokuskan destinasi pelancungan dalam negara. Bermula tahun hadapan perancangan baru sedang dirangka bagi memilih destinasi diluar negara kerana ingin mengubah angin. Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan kasih antara ahli keluargaku seramai 6 beradik setelah ketiadaan ayahbonda tercinta. Setiap kali percutian kami tidak lupa untuk mengadakan tahlil bagi ketiga-tiga arwah. Abah, mak dan abang sulung. Meskipun terasa kehilangan yang amat sangat setiap kali ada aktiviti begini kerana tidak lagi disertai ketiga-tiga arwah, namun aktiviti ini terpaksa diteruskan bagi meneruskan tradisi dan seterusnya mengeratkan tali silaturahim kami adik beradik sambil















mengenang yang telah tiada. Aktiviti ini sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran bila kami sentiasa mengenang ketiadaan mereka. Setiap kali bersama hati ini sentiasa tertanya untuk percutian akan datang siapa pula yang akan tidak dapat turut serta? Semoga Allah memanjangkan umur kesemua ahli keluargaku. Amin.

Thursday, October 15, 2009

Kertas Kerja Bengkel Penghasilan Blog

BENGKEL PENGHASILAN BLOG
ANJURAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
( PENGURUSAN PENDIDIKAN )
SESI 2009/2011
1. PENGENALAN

Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat masa ini. Penyebaran maklumat secara kontemporari khususnya penggunaan blog terbukti sangat berkesan sehingga mampu memberi impak yang tinggi termasuk berkongsi maklumat dengan individu, institusi mahu pun negara. Untuk seseorang itu mengakses laman blog adalah terlalu mudah dan murah. Keberkesanannya dalam menarik perhatian umum tidak dapat dinafikan. Justeru, kaedah ini seharusnyalah dimanfaatkan bersama ke arah kebaikan khususnya dalam memartabatkan dunia pendidikan.

2. RASIONAL

Kaedah kecairan dan sebaran maklumat telah berkembang dari menggunakan bahan cetak kepada bahan elektronik. Lebih efesien lagi bahan elektronik digabungkan dengan penggunaan digital khususnya melalui internet. Penggunaan sistem pesanan ringkas (SMS), emel, blog, laman web dan portal tidak asing lagi terutama dalam kalangan anak muda zaman ICT ini.Sehubungan itu setiap warga pendidik seharusnya seiring dengan arus perkembangan ini dan bijak memanipulasikan kemahiran pengurusan blog agar objektif dan matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.

3. OBJEKTIF

Melalui kursus ini, para peserta kursus diharap dapat ;

3.1 Menghasilkan bahan blog sendiri.
3.2 Menjadi pembimbing dan penasihat kepada rakan sejawat dalam menghasilkan blog.
3.3 Menyebar maklumat dan berkomunikasi melalui blog.
3.4 Merealisasikan ‘maklumat di hujung jari’ dalam kalangan wargapendidik.

4. KOMPONEN KURSUS

Terdapat beberapa komponen dalam bengkel ini iaitu:

4.1 Ciri-ciri Blog
4.2 Pedagogi
4.3 Persembahan & Pemurnian

5. METODOLOGI

Kursus ini akan dijalankan dalam bentuk:

5.1 Pendedahan blog
5.2 Tunjukcara bina bahan
5.3 Perbincangan
5.4 Bengkel
5.5 Persembahan & Pembentangan

6. TARIKH DAN TEMPAT KURSUS

Kursus ini dijalankan selama 1 hari seperti berikut:

6.1 Tarikh : 15.10.2009(minggu ke-13)
6.2 Masa : 2.00 ptg – 6.00 ptg
6.3 Tempat : TMNU 35
6.4 Jadual : (Rujuk Lampiran JD1)

7. KUMPULAN SASARAN

Seramai 30 peserta melalui PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKANRujuk lampiran A

8. PENCERAMAH / PEMUDAHCARA

8.1 En.Saharidun bin A.Rani

9. PERASMI

9.1 Dr.Khuan Wai BingKetua Jabatan Falkulti Perniagaan dan Ekonomi

10. SUMBER KEWANGAN

10.1 Yuran kelas

11. KOS PENGURUSAN

11.1 OS29000
- Makan Peserta 36 orang x RM5.00 x 1 hari = RM 165.00
- Saguhati Fasilitator = RM 200.00
- Pelbagai = RM 100.00- Jumlah = RM 415.0012

HASIL YANG DIHARAPKAN

Adalah diharapkan peserta dapat keyakinan menguruskan blog dan menjadi penulis blog di peringkat pengurusan nanti. Dengan terbinanya blog bagi setiap peserta adalah diharapkan system penyebaran maklumat dan pengurusan sekolah khususnya yang berkaitan kurikulum akan terurus dengan lebih efisien

Pamandangan yang mendamaikan


Pemandangan yang mampu menenangkan hati.

Wednesday, October 14, 2009

Kursus Asas Penghasilan Blog


Tarikh : 15 Oktober 2009
Suasana idaman menjadi destinasi bulan madu dan beristirehat bersama keluarga.