BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 18, 2009

Hari Jalinan Kasih Keluarga Che Din 2009

Hari keluarga ini dilaksanakan 2 kali setahun dengan memfokuskan destinasi pelancungan dalam negara. Bermula tahun hadapan perancangan baru sedang dirangka bagi memilih destinasi diluar negara kerana ingin mengubah angin. Aktiviti ini dijalankan untuk mengeratkan kasih antara ahli keluargaku seramai 6 beradik setelah ketiadaan ayahbonda tercinta. Setiap kali percutian kami tidak lupa untuk mengadakan tahlil bagi ketiga-tiga arwah. Abah, mak dan abang sulung. Meskipun terasa kehilangan yang amat sangat setiap kali ada aktiviti begini kerana tidak lagi disertai ketiga-tiga arwah, namun aktiviti ini terpaksa diteruskan bagi meneruskan tradisi dan seterusnya mengeratkan tali silaturahim kami adik beradik sambil















mengenang yang telah tiada. Aktiviti ini sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran bila kami sentiasa mengenang ketiadaan mereka. Setiap kali bersama hati ini sentiasa tertanya untuk percutian akan datang siapa pula yang akan tidak dapat turut serta? Semoga Allah memanjangkan umur kesemua ahli keluargaku. Amin.

0 comments: